NILAI: Polis menahan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai, di sini awal pagi tadi kerana disyaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM200,000 supaya tidak mengambil tindakan terhadap lima rakannya yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan pada 1.40 pagi, kira-kira empat jam selepas penahanan rakan-rakannya yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, berumur dalam lingkungan 21 hingga 24 tahun.
Menurutnya, kelima-lima individu berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di bandar itu dan disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan tidak wujud menerusi laman Facebook sejak enam bulan lepas.
"Turut dirampas ialah 15 unit telefon bimbit, dua komputer riba dan wang tunai berjumlah RM2,473, manakala RM200,000 serta dua telefon bimbit pula dirampas daripada lelaki yang cuba menyogok polis itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menyasarkan rakyat tempatan melalui promosi skim pelaburan di Facebook dan seterusnya berhubung dengan mangsa hanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata mereka juga dipercayai menggunakan pelbagai akaun bank dan nama skim pelaburan ditukar setiap tiga bulan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Menurut Mohamad, menerusi penahanan itu pihaknya dapat menyelesaikan 11 kes berkaitan sindiket itu, selain akan terus mengesan saki-baki individu yang terlibat.
Katanya, kesemua suspek direman dua hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Justeru, Mohamad menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila berurusan secara dalam talian dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Datuk Mohamad Mat Yusop (dua, kanan) menunjukkan sebahagian barangan rampasan hasil dari tangkapan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam laman sesawang Facebook di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, hari ini - Bernama
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu syarikat pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 41 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mengandungi tip serta informasi berkaitan saham Malaysia.
Polis kesan sindiket penipuan pelaburan tawar keuntungan 100,000 kali ganda
Pulangan RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan. Itu janji yang ditawarkan sindiket penipuan skim pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memperdaya mangsa.
Sindiket pelaburan tidak wujud beroperasi di bekas kediaman konsulat tumpas
Polis menumpaskan sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi di sebuah banglo yang pernah dijadikan pejabat dan kediaman konsulat kehormat negara asing dalam serbuan di sini, pada 22 Nov lepas.
216 kes tipu pelaburan patuh syariah disiasat, kerugian lebih RM11 juta
Polis sedang menyiasat 216 kes berkaitan skim penipuan pelaburan "patuh syariah" di seluruh negara melibatkan kerugian lebih RM11 juta sejak 1 Jan hingga 11 Ogos lepas.
Suri rumah rugi RM71,100 ditipu sindiket pelaburan
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM71,100 selepas ditipu sindiket pelaburan wang tidak wujud menerusi aplikasi laman sosial yang menawarkan pulangan lumayan.
Lima anggota sindiket pelaburan tidak wujud ditahan, lelaki cuba sogok polis RM200,000
Modus operandi sindiket itu ialah dengan menyasarkan rakyat tempatan melalui promosi skim pelaburan di Facebook.
Jurujual wanita rugi RM45,979 ditipu sindiket pelaburan wang asing
Seorang jurujual wanita mendakwa kerugian RM45,979 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tukaran wang asing yang menjanjikan pulangan lumayan dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Dua warga Itali guna nama George Clooney dalam sindiket pelaburan, dicekup di Thailand
Pihak berkuasa Itali telah berkongsi maklumat dengan polis Thailand selepas kedua-dua suspek melarikan diri daripada hukuman mahkamah di Itali.
Forex: Suami isteri ditahan di KLIA2 sebaik tiba dari luar negara
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata lelaki berusia 56 tahun bersama isterinya 55, ditahan sejurus pulang dari negara jiran selepas keluar negara sejak 11 Feb lepas.